top of page
Search

Tadika Sepakat Journey...

  • Teacher Narriman
  • Sep 2, 2019
  • 1 min read

Tahun ni genaplah 33 tahun Tadika Sepakat bertapak dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak...


Tadika ini mula ditubuhkan pada tahun 1986 di Taman Sepakat, AU3 Keramat dan pengasasnya pada waktu itu ialah Pn. Hajjah Norreah. Teacher Narriman menyertai pengurusan tadika ini pada tahun 1996 selaku Pengerusi dan kedua-dua mereka ini bersama-sama membangunkan tadika.


Pada masa ini banyak tadika-tadika swasta yang mula tumbuh dengan konsep 'Islamic Teachings' , 'Montessori' dan 'Thematic Approach'. Di Tadika Sepakat, kami mengamalkan teknik pembelajaran yang holistik mengikut peringkat umur kanak-kanak dan selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan : )


Kami percaya bahawa kebolehan mengenal, membaca dan menulis merupakan asas-asas paling penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Selain itu kami turut menitikberatkan aspek pergaulan sosial, perbualan interaktif dan daya kreativiti kanak-kanak melalui aktiviti-aktiviti yang diatur sepanjang sesi persekolahan.


Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tanya pada ruangan komen di bawah atau

i)emel pertanyaan ke sepakat1986@gmail.com

ii)whatsapp ke 019299024 (Teacher Narriman)


Untuk gambar-gambar aktiviti Tadika Sepakat boleh klik di bahagian 'Gallery' okay : )



Play, learn & grow together in Tadika Sepakat :)





















 
 
 

Recent Posts

See All
Apa itu Disleksia?

Masalah asas Disleksia adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Inilah yang menyebabkan...

 
 
 

留言


©2019 by Tadika Sepakat. Proudly created with Wix.com

bottom of page