Snek Tidak Baik untuk Kanak-Kanak?
- Teacher Narriman
- Dec 25, 2019
- 1 min read
Kanak-kanak memang suka snek. Kalau dah nampak snek, mesti nasi tak habis. Salah satu keseronokan zaman kanak-kanak adalah menikmati snek. Tapi betul ke snek tidak baik untuk mereka?
Sebenarnya diet yang sihat merangkumi pengambilan snek. Tapi snek yang dimaksudkan adalah snek sihat. Jadi sebagai ibubapa, menjadi cabaran untuk kita ubah tabiat makan snek tidak sihat kepada snek sihat.
Apa itu snek sihat??????
Snek sihat tidak bermaksud anak anda hanya boleh makan makanan tawar & tak manis. Snek yang sedap seperti puding, yogurt sejuk-beku, buah-buahan atau smoothie adalah contoh snek sihat.
Hidangan roti bakar dengan nutella/ mentega kacang adalah pilihan yang baik untuk snek pagi mahupun petang. Kalau nak tarik minat mereka, lebih seronok kalau mereka sendiri yang ambil roti & sapu bahan-bahan ikut citarasa mereka.
Buah-buahan juga boleh diletak dalam bekas & mudah dicapai oleh mereka. Kanak-kanak sangat suka pada buah pisang, epal & anggur.
Satu lagi snek sihat adalah jenis-jenis kacang. Kacang tinggi dalam protein & lemak baik yang bagus untuk pertumbuhan otak kanak-kanak.
Tips terakhir, jangan simpan stok snek tidak sihat seperti keropok dan minuman ringan bergad dirumah. Snek tersebut boleh dibeli untuk makan di luar sahaja.
Admin pun nak amalkn snek-snek sihat ni dengan cucu-cucu.
Sharing is caring🌹😊

Commentaires