Apa itu Disleksia?
- Teacher Narriman
- Aug 24, 2020
- 1 min read
Masalah asas Disleksia adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Inilah yang menyebabkan kanak-kanak disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh.
Dianggarkan 4-8% pelajar sekolah yang bermasalah Disleksia.
Kanak-kanak lelaki lebih ramai mengalami masalah ini berbanding perempuan.
Diperingkat prasekolah mereka mungkin lambat bertutur, mengalami kesukaran sebutan atau rima, sukar menulis nama sendiri, payah mengenal bentuk & warna serta sukar memberitahu cerita yang didengarinya.
Mereka juga cenderung untuk menjadi tidak suka membaca dan mengelak membaca di kelas. Konsep masa seperti “semalam”, “hari ini” dan “esok” juga adalah mengelirukan bagi mereka.
Ibubapa atau guru seringkali menganggap kanak-kanak seperti ini malas, bodoh atau lembab. Jika tidak dikenalpasti dan dibimbing kanak-kanak akan menyebabkan pembentukan imej diri mereka terjejas.
Kanak-kanak Disleksia mempunyai daya imaginasi yang tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut. Mereka juga bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.
Dalam post seterusnya admin akan kongsikan tips membantu anak-anak disleksia.
Sumber : myhealth.gov.my
留言