TIPS SIAP SEDIA HARI PERTAMA KE TADIKA
- Teacher Narriman
- Dec 31, 2019
- 2 min read
Pengalaman anak-anak pada hari pertama persekolahan sangat penting bagi memastikan mereka seronok untuk belajar, berkawan & bermain. Para guru Tadika sepakat telah menyediakan aktiviti menarik untuk minggu pertama persekolahan, namun peranan ibubapa juga juga tidak kurang pentingnya.
Jom baca tipsnya :
1.Cerita rutin baru
Bercerita dengan anak tentang rutin baru ya apabila sesi persekolahan bermula. Rutin baru termasuklah waktu bangun pagi, waktu di tadika. Selain itu, ceritakan rutin yang tidak akan berubah iaitu masih boleh bermain seperti biasa dan sebagainya.
2. Buat lawatan ke tadika/ tunjukkan gambar aktiviti di tadika
Kebanyakan ibubapa telahoun bawa anak bersama-sama semasa mendaftar. Bagi yang belum lagi membawa anak ke tadika, boleh tunjukkan gambar tadika & aktiviti-aktiviti. Beritahu mereka bahawa tempat tersebut adalah selamat untuk mereka bermain & belajar.
3. Kata-kata motivasi
Tahukah anda bahawa perasaan takut & bimbang anda boleh mempengaruhi emosi anak anda. Jadi tanamkan perasaan yakin & positif & beri kata-kata semangat kepada anak seperti “Adik pergi tadika nanti dapat belajar dengan kawan-kawan.Lepas belajar, boleh main” . Semasa anak memakai pakaian sekolah boleh beritahu mereka “ Kakak nampak hebat pakai baju sekolah ni. Belajar rajin-rajin ye. Dah pandai nanti boleh jadi macam ayah”.
4. Kenalkan guru
Apabila anda memberitahu mereka tentang nama guru kelas mereka & guru lain, anak anda akan berasa selamat. Ini kerana mereka merasakan anda telah kenal guru mereka & oleh itu guru tersebut bukanlah orang asing.
5. Dapatkan jadual & aktiviti tadika
Dengan mengetahui jadual pembelajaran tadika, anda akan lebih bersedia untuk menguruskan anak anda. Anak juga perlu diberitahu tentang jadual pembelajaran mereka supaya mereka lebih yakin & bersedia ke tadika.
6. Bantu anak anda suaikan diri di tadika
Tidak perlu lama. Hanya 5 minit, anda bawa anak anda ke kelas. Selain itu anda boleh juga beritahu jika anak perlukan apa-apa boleh maklum pada guru kelas ( beritahu nama). Anda juga boleh bantu kenalkan anak anda dengan kawan disebelahnya. Semasa meninggalkan anak, senyum dan beri ucapan meyakinkan seperti “ Nanti umi ambil kakak habis sekolah nanti. Dengar cakap cikgu ye”.
7. Ajak anak buat persediaan ke tadika bersama
Malam sebelum hari pertama, ajak anak anda sama-sama menyedialan baju sekolah, kasut sekolah & beg sekolah. Sambil itu, ceritakan keseronokkan ke tadika. Cara ini secara tak langsung memberi semangat kepada mereka untuk ke tadika keesokan harinya.
8. Pastikan tidak bangun lewat untuk hari pertama
Keadaan kelam kabut pada hari pertama persekolahan hendaklah dielakkan supaya anak anda berasa tenang. Pastikan anda merancang masa dengan baik. Mood anda juga mempengaruhi mood mereka.
Admin harap tips-tips yang dikongsikan ini alan dapat membantu anda menghadapi hari pertama nanti.
Selamat mencuba!
Sesi persekolahan akan bermula pada hari khamis, 2 Januari 2020 jam 8.00 pagi. Jumpa di sana!!!!
Comentarios