top of page
Search

Pada umur berapakah kita perlu risau jika anak masih belum tahu membaca langsung?

  • Teacher Narriman
  • Dec 3, 2019
  • 1 min read

“Saya pernah bertanya kepada seorang occupational therapist, pada umur berapakah kita perlu risau jika anak masih belum tahu membaca langsung? Beliau berkata pada hujung tahun darjah 1”


Jadi .......


Jika anak anda berumur 4 tahun & masih belum tahu membaca, itu adalah normal.

Jika anak anda berumur 5 tahun & masih belum tahu membaca, itu adalah normal.

Jika anak anda berumur 6 tahun & masih belum lancar membaca, ini juga normal.


Sebagai ibubapa anda tidak perlu panik melainkan terdapat tanda-tanda masalah kesihatan & lambat bercakap maka jumpalah dengan pakar.


Cara-cara mengajar anak membaca dirumah :

1) Berbual sebanyak & sekerap yang boleh kerana dengan bertutur anak-anak akan dapat mengenal & mengumpul kosa kata.

2)Beri peluang & masa yang cukup untuk anak-anak bermain.

3)Bercerita secara spontan ataupun bacakan buku cerita kepada mereka.

Sambil-sambil berjalan-jalan di luar rumah, boleh belajar baca tanda jalan,tajuk akhbar, label, senarai barang, poster & sebagainya. Insyaallah jika anak kita tiada masalah kesihatan & pembelajaran, anak kita pasti boleh baca. Kuncinya SABAR, dengan proses ini, KONSISTEN dengan usaha & YAKIN dengan hasilnya nanti.

Kredit kepada - Ashikin Hashim ( Early Childhood Practitioner) Sumber artike - majalahpama.my




 
 
 

Recent Posts

See All
Apa itu Disleksia?

Masalah asas Disleksia adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Inilah yang menyebabkan...

 
 
 

コメント


©2019 by Tadika Sepakat. Proudly created with Wix.com

bottom of page