Balik ke rutin asal beberapa hari sebelum sekolah bermula
- Teacher Narriman
- Dec 18, 2019
- 1 min read
Hai parents semua!
Harini admin nak share tips persediaan untuk kembali ke sekolah.
Selain checklist, 1 lagi perkara penting adalah untuk setkan semula 'biological clock' anak-anak kita. Sepanjang cuti sekolah ni parents akan mengabaikan semua rutin harian & anak-anak akan diberi kelonggaran untuk bermain sepanjang hari. Bermain pun satu proses dalam tumbesaran mereka. Jadi tak ada apa yang salah disitu : )
Ada banyak tips di luar sana tentang persediaan kembali ke sekolah. Tapi admin rasa inilah yang paling penting & kebanyakan parents tak sedar kepentingannya iaitu balik ke rutin asal beberapa hari sebelum sekolah bermula.
Anak-anak yang telah kembali ke rutin asal akan dapat menyesuaikan diri dengan lebih baik, lebih fokus & kurang gementar di sekolah.
Jadi parents, sila mula disiplinkan anak-anak dengan waktu tidur dan bangun mereka dalam tempoh seminggu akan datang.
Seorang kanak-kanak berumur 5-7 tahun memerlukan sekurang-kurangnya 9 jam untuk tidur pada waktu malam.
Anak-anak yang sukar bangun pagi bukanlah anak-anak yang malas. Parents kena teliti apakah punca mereka begitu. Adakah kerana parents sendiri juga bukan seorang 'morning person'? Atau anak-anak tidak cukup tidur?
Admin harap parents boleh cipta suasana yang menyenangkan ketika mengejutkan anak-anak pada waktu pagi contohnya dengan menggunakan perkataan "i love you! Good Morning!".
Pastikan parents pun bangun lebih awal dan tak tergesa-gesa. Kerana bila parents tidak merancang dengan baik, maka keserabutan di waktu pagi akan mempengaruhi mood anda
Comments